Enam maut sejak dua bulan lalu minum arak tiruan

Che Zaimani (dua, kanan) menunjukkan botol arak dipercayai tiruan yang dirampas dari sebuah premis.
Che Zaimani (dua, kanan) menunjukkan botol arak dipercayai tiruan yang dirampas dari sebuah premis.
A
A
A

GEORGETOWN - Enam maut sejak dua bulan lalu dipercayai meminum arak tiruan yang didalangi sindiket warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mereka yang maut adalah dua warga tempatan, tiga warga Myanmar dan seorang warga India.

Menurutnya, tujuh mangsa lagi yang kesemuanya warga Myanmar sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

"Arak tiruan ini dipercayai diproses dengan mencampurkan bahan kimia etanol lalu dimasukkan ke dalam botol arak asli.

"Sehubungan itu, polis menyerbu sebuah premis di Komtar dan berjaya merampas 600 botol arak jenama 'High Class Whisky, Product of Myanmar 350 ml', 312 tin arak jenama 'El Diablo Super Strong Brew, For Export Only 500ml dan 24 tin arak jenama 'Martens Extra Strong 500ml," katanya pada sidang media hari ini.

Tambahnya, turut dirampas 240 botol plastik kecil dan lapan botol plastik besar mengandungi cecair disyaki arak tanpa jenama.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!