10 maut rusuhan penjara di Paraguay

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ASUNCION - Seramai 10 banduan dilaporkan maut manakala 10 lagi cedera ekoran rusuhan penjara di Paraguay, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.

Menteri Dalam Negeri, Juan Villamayor berkata, berlaku konfrontasi antara dua kumpulan jenayah di penjara San Pedro de Ycuamandiyu, kira-kira 400 kilometer dari Asuncion.

"Kesemua mangsa yang maut merupakan ahli kumpulan berkaitan dadah," kata Villamayor.

Rusuhan selama lebih kurang tiga jam bermula pada jam 12 tengah hari waktu tempatan ketika penjara hanya dikawal beberapa orang pengawal.

Villamayor berkata, lima daripada banduan yang maut dipenggal kepala masing-masing sementara tiga lagi dibakar.

Menurut pihak berkuasa, salah satu daripada kumpulan yang terbabit dalam rusuhan itu berasal dari Sao Paulo sementara sekumpulan lagi adalah pengedar dadah dari kedua-dua negara.

Insiden merupakan rusuhan terbaharu dalam siri rusuhan penjara berdarah yang berlaku di negara Amerika Latin termasuk rusuhan di Brazil yang mengorbankan 40 nyawa bulan lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!