Aliff Aziz luah hasrat rujuk semula

Gambar perkahwinan Aliff Aziz dan Bella. Foto: INSTAGRAM
Gambar perkahwinan Aliff Aziz dan Bella. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

GENAP sebulan selepas bercerai, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz meluahkan hasrat untuk rujuk kembali dengan bekas isterinya, Bella Astillah tersebut.

Menerusi luahan di akaun Instagram miliknya pagi tadi, Aliff, 28, turut berkongsi gambar pada hari pernikahan mereka dan mengakui menyesali setiap perbuatannya sebelum ini.

"9.9.2016 adalah salah satu hari paling bermakna dalam hidup saya, di mana ALLAH telah merahmati saya dengan wanita paling hebat untuk saya berkongsi hidup.

“Setelah melalui pelbagai peristiwa gembira, sedih, turun dan baik, dia sentiasa ada bersama saya.

"Jika saya mampu memutar balik masa, ada banyak perkara saya akan ubah dan memilih melakukan perkara yang lebih baik.

"Tapi ini adalah contoh apabila kamu tidak bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan. Tiba masanya apabila Dia menunjukkan kembali apa yang kamu lakukan dan kamu akan tersedar dengan kesilapan itu," tulisnya yang menyifatkan ini adalah tempoh untuk memperbaiki kesilapan dan mendekatkan diri dengan ALLAH.

Bukan itu sahaja, dia juga turut berjanji kepada Bella menjadi suami dan ayah yang lebih baik andai diberi peluang sekali lagi.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kepada Bella Astillah, awak sentiada memberikan yang terbaik buat saya sejak kali pertama kita berjumpa.

"Awak sentiasa berada bersama saya, sama ada susah atau senang. Saya doakan agar ayah sentiasa dirahmati kerana awak terlalu istimewa.

"Terima kasih kerana melahirkan anak kita yang cukup hebat, handsome dan cerdik, Ayden Adrean sebagai tanda inta kita.

"Saya harap awak sekeluarga selalu dirahmati dan dilindungi.

"Saya mungkin bukanlah yang terbaik untuk awak sebelum ini, tetapi Insya-ALLAH jika ada jodoh untuk kita kembali bersama, semoga dengan izinNYa saya dapat tunjukkan yang saya mampu menjadi suami dan ayah yang terbaik," jelasnya.

Tambah penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Sayang Sayang ini, dia menyedari status ini akan mengundang pelbagai reaksi, tetapi dia hanya berkongsi luahan yang datang daripada hatinya.

“Jodoh pertemuan di tangan ALLAH, walau apa pun orang cakap, hanya awak saja yang tahu siapa diri saya.

"Saya harap awak doakan saya seperti mana awak selalu dalam doa saya,” tulisnya meminta masyarakat mendoakan yang baik-baik buatnya.

Aliff dan Bella disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas beberapa kali berita kecurangannya terdedah dan menjadi perbualan ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!