DAP tidak teragak-agak tinggalkan PH
KUALA LUMPUR - DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan sekiranya objektif mencapai Malaysia Baharu diabaikan PH.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin DAP di dalam kerajaan boleh memainkan peranan dalam membina Malaysia baharu.
Tegasnya, pemimpin parti itu tidak akan menjadi seperti MCA yang lemah.
“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi, negara yang gagal dan kleptokrasi global.
“Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.
"Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA yang lemah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berada dalam politik berkhidmat kepada negara bukan untuk diri sendiri, kekayaan atau kedudukan.
Kenyataan tersebut dibuat susulan pandangan ahli perniagaan, Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila rakyat melihat DAP seperti MCA sekiranya tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!