Petua buang angin dalam badan
ANGIN dalam badan membuatkan kita rasa tidak selesa. Jika tidak ditangani, ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian kepala dan perut pula rasa tidak selesa.
Selalunya petua untuk membuang angin dalam badan dikaitkan dengan halia. Ya, halia amat bagus untuk kesihatan tidak kira buat lelaki mahupun wanita. Pun begitu, jumlah halia perlu dikurangkan buat wanita yang hamil.
Bahan-bahannya:
1) Susu kotak (jenama apa pun boleh)
2) Halia (sebesar ibu jari)
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis, kemudian renehkan ia dengan susu hingga mendidih (api perlahan). Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, anda akan dapat rasai kesannya serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu atau dua ke tiga kali seminggu.
Selamat mencuba!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!