Siswa PSMZA sumbang bakti di Batam
Seramai 51 peserta menjayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) Antarabangsa 2018 yang berlangsung selama empat hari.
Timbalan Pengarah Akademi PSMZA, Ali Mamat berkata, melalui kepakaran yang ada, para peserta membantu melakukan kerja-kerja pendawaian dan penyelenggaraan untuk kemudahan masyarakat di negara itu.
"Pendawaian semula sebuah surau dilakukan di Sekolah Dasar Ibnu Sina dan dua buah surau berhampiran.
"Program penyelenggaraan motosikal pula dilakukan di Daerah Kabil membabitkan 50 kenderaan penduduk.
"Turut dilakukan penyelenggaraan komputer dan perkongsian implementasi e-learning PSMZA," katanya.
Menurutnya, program CSR TVET tersebut adalah kali kedua dilaksanakan diketuai oleh Ketua Jabatan hal Ehwal Pelajar PSMZA.
"Program anjuran bersama Yayasan Ibnu Sina, Batam ini bertujuan mendedahkan pelajar PSMZA kepada TVET dengan masyarakat Batam.
"Diharap masyarakat di sini dapat memanfaatkan hasil daripada program ini.
"Penuntut PSMZA juga menimba pengalaman yang berharga untuk diadaptasi dalam kehidupan akan datang.
"Secara tidak langsung, para peserta dapat merasai keunikan adat dan budaya di tempat orang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!