Pendatang Yahudi bakar ladang zaitun Palestin

Sekumpulan remaja Yahudi meninggalkan lokasi kejadian sejurus menyalakan api di sebuah ladang zaitun milik rakyat Palestin di perkampungan Jalud.
Sekumpulan remaja Yahudi meninggalkan lokasi kejadian sejurus menyalakan api di sebuah ladang zaitun milik rakyat Palestin di perkampungan Jalud.
A
A
A

RAMALLAH - Sekumpulan peneroka haram Yahudi bertindak biadab apabila membakar ladang zaitun kepunyaan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Insiden itu berlaku pada hari pertama sambutan Aidilfitri 5 Jun lalu dan ia turut dirakam kamera CCTV yang dipasang di kawasan tersebut.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Haaretz, serangan berlaku di perkampungan Jalud oleh sembilan remaja Yahudi bertopeng.

Sementara itu, penduduk tempatan memberitahu bomba Israel telah dipanggil bagi memadam kebakaran tersebut namun tiba lambat di lokasi kejadian.

"Mereka hanya campur tangan ketika api memusnahkan ladang terbabit dan merebak ke penempatan haram Ahiya," kata seorang penduduk Palestin.

Sementara itu, beberapa media pro rejim Zionis menggambarkan kebakaran itu dimulakan oleh penduduk Palestin dalam laporan mereka.

Kira-kira 600,000 penduduk Israel menetap di lebih 230 penempatan haram sejak ia dibina pada tahun 1967 ketika rejim Zionis meluaskan jajahannya di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!