12 imigran lemas di barat Turki

Gambar diedarkan pengawal pantai Turki berhubung operasi menyelamat pelarian di luar pantai barat Turki.
Gambar diedarkan pengawal pantai Turki berhubung operasi menyelamat pelarian di luar pantai barat Turki.
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya 12 pendatang haram terkorban selepas bot getah dinaiki mereka karam di luar pantai barat Turki.

Pengawal pantai Turki dalam satu kenyataan berkata, seramai 31 orang berjaya diselamatkan dalam kejadian berhampiran daerah Bodrum di wilayah Mugla semalam.

Ia menambah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan dua bot, satu pasukan penyelam dan helikopter.

"Pasukan penyelam menemukan 12 mayat pendatang kira-kira 32 meter dari permukaan air.

"Operasi SAR masih berjalan," katanya.

Turki menjadi salah satu pintu utama bagi pelarian untuk ke Eropah.

Kebanyakan pelarian melarikan diri daripada zon konflik dan kemiskinan di Asia Barat dan Turki. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!