Jadi asas kebudayaan pelancongan Islam

Bangunan serbaguna Masjid Kampung Hulu.
Bangunan serbaguna Masjid Kampung Hulu.
A
A
A

MELAKA - Pembinaan bangunan serbaguna bersebelahan Masjid Kampung Hulu akan berteraskan tiga aspek utama meliputi kemajuan ekonomi ummah, perpaduan serta kebudayaan pelancongan Islam.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bangunan bernilai RM7.4 juta itu dibangunkan lengkap dengan kemudahan dewan, ruang makan, 37 bilik asrama serta tiga unit rumah bagi pegawai masjid.

Menurutnya, ia dijangka memulakan operasi September ini dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjana pendapatan bagi Masjid Kampung Hulu serta Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu sendiri.

"Cadangan buat masa ini, kita akan membuka kepada pihak swasta untuk melihat kaedah pengurusan bangunan ini yang siap dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk hiasan dalaman.

"Kemudahan ini sudah pasti kita akan manfaatkannya dan melihat bagaimana ia boleh menghasilkan pendapatan bagi pembangunan sekitar Masjid Kampung Hulu ini serta MAIM," katanya ketika melakukan tinjauan terhadap projek bangunan terbabit yang sudah 95 peratus siap, bersebelahan Masjid Kampung Hulu, di sini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab yang juga Timbalan Pengerusi MAIM.

Tambah Adly, antara pengisian yang boleh dilaksanakan termasuk program pendidikan seperti latihan serta wacana pemikiran.

Bangunan yang dibina di atas tapak seluas 0.2 hektar ini dimulakan pembinaannya pada Mei tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!