Rakyat Malaysia tak sedia berdepan bencana

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini masih tidak bersedia untuk berdepan dengan bencana alam berskala besar seperti tsunami dan gempa bumi.

Pengarah Pusat Geotropik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad berkata perkara itu boleh menyebabkan ramai yang terkorban.

“Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berisiko tinggi ini perlu diberikan pendidikan, pemahaman dan latihan amaran bencana.

“Sebab kalau kita lihat bencana yang besar seperti di Aceh di mana rakyat Malaysia yang terkorban di sini adalah mereka yang tidak sedar bahaya tsunami itu.

“Seperti kesan tsunami Aceh di Pulau Pinang, di mana mereka nampak ombak tinggi naik ke atas, mereka pelik kenapa air naik tanpa sedar itu sebenarnya tsunami,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar siri ke-73: Gempa Bumi Dan Tsunami: Selamatkah Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Beliau turut mencadangkan Malaysia mencontohi amalan Jepun ketika berdepan dengan bencana.

DAP dilihat sebagai parti yang bersifat sosialis apabila bertindak menolak pengurniaan pingat dan darjah kebesaran dari istana.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan pendapat berbeza mengenai perkara tersebut membuktikan DAP sebenarnya tidak konsisten dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Itulah sikap sosialis, sebab itu kita bagi tahu awal-awal lagi DAP ini parti sosialis, jadi memang tidak boleh masuk dengan sistem monarki dan semua ini. Dia ada pemikiran dia sendiri. DAP tidak konsisten antara mereka (pemimpin),” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, pengurniaan bintang dan pingat adalah hak istimewa Sultan dan Yang Dipertuan Besar Negeri dan kita tidak sepatutnya mempertikaikan, sama ada terima atau tidak, itu adalah perkara yang berlainan.

Katanya, pengurniaan tersebut perlu dihormati kerana ia dianugerahkan daripada Sultan kepada seseorang hasil sumbangan individu tersebut.

“Kita tidak mahu terima tidak mengapa, (tapi) hormatlah Sultan. Itu caranya. Adat kena jaga dengan sultan,”katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan sebelum ini didakwa memberitahu penolakan tersebut bukan kerana tidak menghargai penghargaan yang diberikan.

Namun baginya, penghargaan yang paling penting bagi seseorang individu yang bergelar wakil rakyat adalah bila pemimpin itu mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyatnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!