Puluhan keluarga terjejas teruk akibat ribut di Temerloh

Keadaan rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut semalam.
Keadaan rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 55 keluarga terjejas apabila rumah mereka rosak teruk dalam kejadian ribut yang melibatkan 57 buah rumah di daerah ini semalam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Surau Kampung Haji Ali di sini.

"Selebihnya menumpang di rumah saudara mara masing-masing.

"JKM dengan kerjasama pelbagai pihak telah menyerahkan kesemua kelengkapan asas seperti selimut, tikar, toto, kit bencana, kain manakala makan-minum juga disediakan di Pusat Pemindahan Sementara, " katanya di sini, hari ini.

Keadaan rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut semalam.
Keadaan rumah yang rosak teruk akibat dilanda ribut semalam.

Menurutnya, kampung yang terjejas teruk adalah Kampung Haji Ali dengan 41 rumah diikuti Kampung Batu Satu dan Kampung Chengal masing tiga rumah.

Dalam pada itu,beliau memberitahu sebanyak dua buah rumah terjejas di Kampung Bangau Parit dan masing-masing sebuah rumah di Kampung Paya Kechik, Kampung Paya Dalam dan Kampung Tebing Tinggi Sanggang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!