Fakta sarang burung walit wajib diketahui
SARANG burung walit adalah 'suplemen kecantikan' yang sangat besar kebaikannya, ia bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga untuk kesihatan.
Amalan pemakanan sarang burung walit boleh dilakukan sama ada secara dalam penyediaan air minuman atau hidangan sup.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi dan industri pada hari ni telah menggunakan sarang burung walit dalam penghasilan produk seperti kosmetik dan juga sebagai produk makanan tambahan.
Di sini Femina kongsikan fakta berkenaan sarang burung walit yang wajib anda tahu. Pun begitu, anda harus beli produk yang original.
1) Makan sarang burung ketika perut kosong
Sarang burung walit dikelaskan sebagai tonik dalam perubatan tradisional Cina. Ia perlu diambil sebelum makan untuk membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan baik.
2) Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung walit
Warna merah adalah disebabkan oleh pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.
3) Kaum lelaki boleh manfaatkan sarang burung untuk imuniti dalaman
Untuk pengetahuan anda, sarang burung mempunyai kandungan glycoprotein yang tinggi, faktor pertumbuhan dan sifat bertenaga neutral yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
4) Sarang burung secara tradisional digunakan sebagai makanan tambahan
Menurut kajian moden, sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis iaitu Epidermal Growth Factor (EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk memperbaiki tisu kulit. Justeru itu, wajah anda kekal awet muda.
5) Meningkatkan kesihatan warga tua
Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus agar ia menjadi lebih baik.
6. Sarang burung baik untuk kanak-kanak
Sarang burung mengandungi protein, asid amino dan mineral berfungsi untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak.
Dalam perubatan tradisional Cina, penggunaan sarang burung secara berterusan dapat membantu menghalang selesema selain meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang.
Sumber: Wanista
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!