KOTA BHARU - Seorang peniaga pasar malam mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol adik tirinya berusia 14 tahun. Tuduhan yang berusia 35 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima tertuduh didakwa merogol mangsa di tiga rumah sekitar Pasir Puteh pada Oktober 2018 hingga Mei 2019. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak lelaki berusia 3 tahun itu tidak diwakili peguam. Mahkamah yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin menetapkan 3 Julai ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara meninggu laporan perubatan.