Gempa 6.0 magnitud landa barat daya China ragut 12 nyawa

Pasukan bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Pasukan bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
A
A
A

BEIJING - Sekurang-kurangnya 12 maut manakala 134 yang lain cedera selepas gempa berkekuatan 6.0 magnitud menggegar barat daya China.

Lebih 4,000 penduduk turut dipindahkan berikutan puluhan struktur musnah akibat gempa kuat di luar Yibin, wilayah Sichuan lewat semalam.

Stesen penyiar tempatan CCTV turut memaparkan rakaman pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Beberapa laluan dan lebuh raya utama menghubungkan daerah Yibin dan Xuyong turut merekah.

Difahamkan, sistem amaran awal berbunyi selama 10 saat di Chengdu kira-kira seminit sebelum gempa tersebut berlalu.

Lebih 500 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian dan pasukan penyelamat turut menghantar 5,000 khemah, 10,000 katil lipat dan bekalan kecemasan lain.

Kira-kira empat gempa susulan juga direkodkan dan gegaran paling kuat adalah 5.1 magnitud.

Pada Februari lalu, tiga gempa melanda daerah Rongxian dan meragut dua nyawa serta menyebabkan 12 lagi cedera. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!