Air lumpur melimpah bila hujan

Air lumpur melimpah dari longkang yang tersekat alirannya.
Air lumpur melimpah dari longkang yang tersekat alirannya.
A
A
A

KUANTAN - Setiap kali hujan, air lumpur akan melimpah dari longkang dan membanjiri rumah penduduk di Taman Pandan Makmur 1 di sini.

Keadaan itu didakwa berlaku sejak pemaju dan kontraktor tapak pembinaan menutup longkang yang terletak bersebelahan perumahan itu.

Penduduk, Johana Mohd Taib, 50, berkata, longkang sepanjang lebih 150 meter itu dahulunya beroperasi dengan baik dan membawa aliran air hujan masuk ke parit besar.

"Sejak wujud projek pembinaan berdekatan, longkang itu katanya ditutup dengan alasan kononnya terletak di kawasan pembinaan mereka.

Air lumpur melimpah dari longkang yang tersekat alirannya.
Air lumpur melimpah dari longkang yang tersekat alirannya.

"Ini menyebabkan aliran air longkang dari depan kawasan rumah saya tersekat dan melimpah keluar, apabila hari hujan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, jika hujan lebat dan berterusan, air berwarna merah bersama tanah akan masuk membanjiri halaman rumah dan mereka sekeluarga terpaksa membersihkannya.

"Saya harap pihak berkuasa yang berkaitan melakukan sesuatu untuk membantu penduduk. Fikirkan alternatif lain supaya air tidak bertakung dan melimpah apabila hari hujan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kebimbangan paling nyata jika berlaku banjir kilat ekoran ketiadaan longkang tersebut.

Kawasan timbunan tanah ini asalnya adalah longkang sepanjang kira kira 150 meter.
Kawasan timbunan tanah ini asalnya adalah longkang sepanjang kira kira 150 meter.

"Kalau longkang tersumbat penduduk boleh bersihkan. Ini dikambus terus. Tak ada longkang saliran ke parit besar. Macam mana air nak mengalir? Akibatnya melimpah dah masuk kawasan rumah. Dah dua minggu keadaan macam ni," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!