‘Nasib baik kami belum tidur’

Kamarudin menunjukkan bahagian biliknya yang dihempap struktur rumah.
Kamarudin menunjukkan bahagian biliknya yang dihempap struktur rumah.
A
A
A

GOMBAK - “Kami belum tidur. Jika tidak, sudah tentu kami dihempap struktur rumah yang runtuh ditimpa pokok kerana jatuh betul-betul di bahagian bilik dan besi atap tertusuk pada tilam bilik saya,” kata Kamarudin Ismail, 70.

Warga emas yang juga pesara polis itu salah seorang penghuni sebuah rumah yang musnah ditimpa pokok sebesar pemeluk dalam kejadian malam Ahad lalu ketika waktu lazim mereka masuk tidur.

Kediaman yang dihuni sejak 20 tahun lalu kini musnah 100 peratus dan mangsa memerlukan bantuan untuk membina semula rumah mereka.
Kediaman yang dihuni sejak 20 tahun lalu kini musnah 100 peratus dan mangsa memerlukan bantuan untuk membina semula rumah mereka.

Kamarudin berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku sekelip mata ketika dia berada dalam tandas sementara isterinya, Faridah Hashim, 60, di ruang tamu sedang memberi ubat kepada anak mereka, Mohd Aniza Kamarudin, 41, yang juga seorang OKU.

"Saya terdengar bunyi pergerakan pokok yang kuat sebelum tiba-tiba bekalan elektrik terputus serentak dengan struktur rumahnya yang rebah menyembah bumi. Keadaan menjadi gelap gelita. Saya terperangkap dalam tandas dan mendengar jeritan isteri menjerit sakit-sakit sambil meminta tolong kerana terkepung dalam runtuhan.

Kamarudin menunjukkan pokok sebesar pemeluk yang menghempap rumahnya.
Kamarudin menunjukkan pokok sebesar pemeluk yang menghempap rumahnya.

“Hampir setengah jam kemudian baru saya dapat keluar melalui lubang dinding yang runtuh dibantu orang kampung. Manakala isteri dan anak saya hanya dapat dibawa keluar kira-kira 40 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Industri Bolton, Batu Caves di sini hari ini.

Menurutnya, dia dan anaknya hanya cedera ringan, namun isterinya mengalami kecederaan di bahagian belakang leher dipercayai terkena bahagian rumah yang runtuh dan menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Saya sekeluarga tinggal di sini sejak 20 tahun lalu dan ini kejadian terburuk selepas atap rumah diterbangkan angin dalam kejadian beberapa tahun lalu. Kami anggarkan kerugian kira-kira RM45,000 disebabkan sebahagian besar barang dalam rumah rosak dan struktur rumah juga musnah 100 peratus.

“Sekarang ini saya tinggal sementara di dewan berhampiran dan telah mendapat bantuan awal daripada jabatan kebajikan masyarakat (JKM) dari segi berangan keperluan makanan asas dan wang tunai manakala isteri tinggal di rumah anak kerana masih trauma.

Keadaan rumah yang rebah ke bumi manakala bahagian tandas (kanan) tempat Kamarudin terperangkap masih elok.
Keadaan rumah yang rebah ke bumi manakala bahagian tandas (kanan) tempat Kamarudin terperangkap masih elok.

Kamarudin berkata, mereka sekeluarga memerlukan bantuan untuk membina semula rumah atas tapak ini untuk membolehkan kami terus tinggal di sini kerana kawasan ini dalam proses mendapatkan geran tanah.

"Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB saya iaitu 14140089070," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!