Tapak sampah haram cemari kawasan perindustrian Kelemak

Murali menunjukkan keadaan tapak pembuangan sampah haram yang menggunung dan menjejaskan alam sekitar kawasan Taman Perindustrian Kelamak, Alor Gajah.
Murali menunjukkan keadaan tapak pembuangan sampah haram yang menggunung dan menjejaskan alam sekitar kawasan Taman Perindustrian Kelamak, Alor Gajah.
A
A
A

ALOR GAJAH - Masalah tapak pembuangan sampah haram di kawasan Taman Perindustrian Kelamak di sini, semakin membimbangkan masyarakat setempat apabila kerap kali terbakar.

Kawasan berstatus tanah persendirian itu mula terbakar awal Mei lalu sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Gajah semalam dengan bantuan jentolak.

Persatuan Pengguna dan Alam Sekitar Melaka, K Murali, 51 berkata, dia menerima aduan berhubung masalah itu sejak sebulan lalu sebelum memanjangkan perkara itu kepada pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Jabatan Alam Sekitar.

K Murali
K Murali

"Pembuangan sampah haram berlaku hampir setiap hari menyebabkan kawasan yang berada di lereng bukit dan berhampiran Sungai Kelemak turut dicemari pelbagai sampah sarap yang semakin menggunung. Kita yakin kawasan terbabit juga melibatkan tanah rizab Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) berhampiran sungai," katanya.

Menurutnya, masalah itu menyebabkan beberapa rumah penduduk berhampiran turut dinaiki air dan ia didakwa kerana laluan sungai berkenaan dihalang sampah-sarap setinggi kira-kira 9 meter hingga menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir melalui pembentung sedia ada.

Sisa buangan plastik yang turut dibuang di tepi kawasan masuk ke tapak pembuangan sampah haram berkenaan.
Sisa buangan plastik yang turut dibuang di tepi kawasan masuk ke tapak pembuangan sampah haram berkenaan.

"Kawasan ini bukan sahaja dicemari dengan pelbagai longgokan sampah termasuk sisa buangan sampah plastik dan bahan kimia ia turut berlaku pencemaran bau dan juga pencemaran alam.

Artikel Berkaitan:

"Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan ada rumah penduduk akan dinaiki air selain bimbang masalah denggi berlaku disebabkan air bertakung," katanya.

Penduduk Muhammad Huzairi Iqbal Hamdan, 26, berkata, dia terkilan dengan apa yang berlaku dan air mula bertakung di bahagian belakang rumah dipercayai disebabkan air tidak dapat mengalir ke sungai hingga menyebabkan kerugian apabila beberapa pokok tanaman musnah termasuk pokok anak durian disebabkan air bertakung.

Muhammad Huzairi Iqbal
Muhammad Huzairi Iqbal

"Saya pun tak tahu nak mengadu pada siapa lagi, sejak awal tahun ini air mula melimpah dan dan bertakung di belakang rumah.

"Setakat ini memang belum ada binatang berbisa yang ceroboh masuk namun itu tidak mustahil ditambah pula kawasan belakang dikelilingi pokok kelapa sawit," katanya.

Bagi pekerja pengawal keselamatan Ely Esa,41, berkata, dia beberapa kali terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan dipercayai berpunca dari tapak pelupusan sampah berhampiran hingga adakalanya menyebabkan dia sesak nafas.

"Sebelum ini kawasan yang terletak di hujung jalan dijadikan sebagai kawasan menjual besi buruk dan perniagaan kita semula sebelum ia disita pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya selalu nampak hampir setiap hari lori masuk untuk membuang sampah di kawasan berkenaan yang mahu dibina kilang memproses mi.

"Selalunya lori ini akan beroperasi pada waktu pagi dan juga petang lebih kurang jam 2 hingga petang. Tidak mustahil kawasan ini bukan terbakar dengan sendirinya namun dibakar individu yang mahu membersihkan kawasan ini dengan cara mudah dan cepat tetapi perbuatan mereka menjejaskan alam sekitar," katanya.

Menurutnya, walaupun api kawasan berkenaan sudah dipadam sepenuhnya namun tidak mustahil ia berlaku lagi jika tiada tindakan proaktif dari pihak berwajiib.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!