Malaysia baharu bukan boleh dibina dalam satu malam

Rais Hussin Mohamed Ariff - Foto Bernama
Rais Hussin Mohamed Ariff - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - PH telah mewarisi Malaysia yang berada dalam keadaan fluks di mana institusi demokratik negara telah dikompromikan untuk melayani beberapa orang.

Jadi untuk mengubahnya ia bukan boleh dilakukan dalam tempoh satu malam, sebaliknya memerlukan sedikit masa dan kerjasama daripada semua.

Ketua Dasar dan Strategi Bersatu, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, PH memerlukan sedikit masa untuk melakukan pengubahsuaian dan berusaha sepenuh komitmen untuk menunaikan semua janji-janjinya kepada rakyat Malaysia.

“Semua komponen dalam gabungan PH dalam usaha membina semula negara Malaysia baharu untuk semua. Reformasi memainkan peranan penting dalam membina semula negara.

“Kita warisi Malaysia selepas 9 Mei dalam keadaan tidak mengamalkan demokrasi yang sepatutnya, kerana kerajaan sebelum ini mempermainkan demokrasi hanya untuk menjaga kepentingan beberapa orang.

"Sebab itu Malaysia baharu yang kita semua harapkan tidak akan tercipta dalam tempoh satu malam, ia memerlukan masa dan kerjasama daripada semua,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kerisauan DAP yang sebelum ini menyatakan tidak teragak-agak untuk meninggalkan kerajaan sekiranya objektif mencapai Malaysia baharu diabaikan PH.

Tambahnya, sebagai contoh kerajaan PH telah membuktikan dengan menjalankan fungsi sebagai kerajaan yang mendengar terutamanya dalam beberapa isu PH mengkaji semula sesuatu dasar atau keputusan.

Artikel Berkaitan:

“Ini adalah proses yang berterusan dan penambahbaikan yang berterusan, selaras dengan kerajaan PH yang perlu difokuskan pada pembaharuan, keadilan, keterangkuman, progresif dan sederhana,” ujar Rais.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pemimpin DAP di dalam kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam membina Malaysia baharu.

Malah, Kit Siang menegaskan pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti MCA yang lemah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!