PPM bantu ahli kembangkan perniagaan

Seng Kok (enam dari kanan) bersama Tuck Chee (empat dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri GM Klang dan PPM di GM Klang semalam. Foto - Rosli Talib
Seng Kok (enam dari kanan) bersama Tuck Chee (empat dari kanan) bergambar dengan penerima sumbangan pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri GM Klang dan PPM di GM Klang semalam. Foto - Rosli Talib
A
A
A

KLANG -[DIKEMASKINI] Persatuan Pemborong Malaysia (PPM) menyasarkan untuk mendaftarkan lebih ramai peniaga kecil sebagai ahli untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Usahawan kecil boleh merebut peluang perniagaan lebih luas disediakan PPM yang mempunyai rangkaian ekonomi kukuh dan menyeluruh di luar negara.

Presidennya, Datuk Lim Seng Kok berkata, pihaknya sentiasa menyediakan pelbagai program bimbingan kepada golongan itu bagi membantu menjadi usahawan berjaya sekali gus mampu mengembangkan perniagaan di pasaran luar negara.

“Mereka didedahkan mengenai selok-belok dan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan. Kita juga memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk belajar membina rangkaian perniagaan mereka.

“Apa yang penting, mereka perlu ada semangat untuk sentiasa belajar, rajin berusaha dan tidak mudah mengaku kalah,” katanya selepas Majlis Jamuan Raya Aidilfitri GM Klang dan PPM yang turut dihadiri ADUN Pandamaran, Leong Tuck Chee di GM Klang di sini semalam.

Seng Kok yang juga Pengarah Urusan GM Klang berkata, pihaknya turut mengadakan lawatan perniagaan ke luar negara bagi memberi pendedahan kepada ahli untuk memasarkan produk.

Pelanggan yang hadir pada menikmati juadah pada majlis Jamuan Hari Raya Aildilfitri GM Klang dan PPM. Foto - Rosli Talib
Pelanggan yang hadir pada menikmati juadah pada majlis Jamuan Hari Raya Aildilfitri GM Klang dan PPM. Foto - Rosli Talib

“Kebiasaannya lawatan ini diadakan dua kali setahun dan ahli-ahli akan dibawa ke negara seperti China, Indonesia, Filipina, India dan Korea Selatan untuk melihat sendiri peluang perniagaan terdapat di sana.

Artikel Berkaitan:

“Ia juga memberi peluang kepada ahli PPM untuk belajar bagaimana pemborong atau peniaga di sana menguruskan produk mereka untuk dipasarkan ke negara lain.

“Mereka juga boleh boleh mengenal pasti produk atau barangan yang menarik serta boleh dijual atau dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya.

Menurutnya, PPM mempunyai kira-kira 300 ahli berdaftar dan penglibatan ahli dalam penganjuran ekspo produk juga memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk memasarkan produk ke luar negara.

“Julai ini kita diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam ekspo produk di Jakarta, Indonesia. Sebanyak 60 ruang pameran disediakan secara percuma kepada ahli PPM untuk mempamerkan produk mereka.

“Ini sekali gus dapat membantu memajukan lagi perniagaan mereka dan peluang ini tidak boleh disia-siakan. Selain itu juga, persatuan turut bertindak menjadi ‘orang tengah’ antara peniaga dan agensi kerajaan terbabit,” katanya.

Pelanggan yang hadir pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri GM Klang dan PPM di GM Klang semalam. Foto - Rosli Talib
Pelanggan yang hadir pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri GM Klang dan PPM di GM Klang semalam. Foto - Rosli Talib

Sementara itu, Seng Kok berkata, majlis sambutan Aidilfitri itu diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara peniaga di GM Klang.

“Memang setiap tahun kita mengadakan majlis seperti ini untuk semua perayaan bagi meraikan peniaga kita yang berbilang bangsa. Semoga perpaduan yang dibina ini kekal selamanya,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Penyayang Ulin Nuha, Pusat Ulum Wal Furqan dan Persatuan Kebajikan Bakul Makanan Klang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!