Video intim: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah terima laporan qazaf

Mujahid ketika ditemui pemberita ketika menghadiri sambutan hari raya di Kedutaan China, di sini malam tadi.
Mujahid ketika ditemui pemberita ketika menghadiri sambutan hari raya di Kedutaan China, di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), difahamkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan beberapa negeri lain turut menerima laporan qazaf berhubung kes video intim yang tular sejak minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ia susulan dakwaan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu bersama seorang mirip menteri Kabinet dalam video intim yang tersebar.

Menurut Mujahid, siasatan akan dilakukan mengikut bidang kuasa agama negeri berdasarkan lokasi di mana perbuatan itu dilakukan.

"Ini kerana kesalahan syariah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa saksi, tuduhan liwat adalah qazaf: Mufti

"Prosedur bagi laporan qazaf ini adalah bila ada laporan, kita akan teliti dan lakukan pembuktian di mana perkara tersebut berlaku. Hasil siasatan polis juga akan menjadi sebahagian daripada bahan bukti bagi siasatan ini," katanya kepada wartawan ketika menghadiri sambutan hari raya di Kedutaan China, di sini malam tadi.

Ditanya siapakah pihak yang akan terlibat dalam siasatan tersebut, beliau berkata, laporan qazaf bertujuan untuk membuktikan dakwaan yang dibuat oleh individu lain terhadap dirinya adalah tidak benar.

"Saya beri contoh, dalam cerita qazaf ini, individu itu buat tuduhan terhadap individu lain dan orang yang mendakwa ini kalau dia dakwa orang yang baik atau ada maruah dalam masyarakat, sebenarnya ia menjadi permulaan qazaf kerana berniat mengaibkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mujahid turut melahirkan rasa kecewa dengan budaya politik kotor dan menasihati orang Islam untuk berhenti menyebarkan video berkenaan.

“Keseluruhan idea berkaitan moral, jangan sebarkan benda yang tiada asas. Ini tindakan menceroboh maruah orang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!