Anjing liar 'menggila', bomba cedera digigit

Norazam
Norazam
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang anggota bomba terpaksa menahan sakit selama beberapa minit apabila digigit anjing liar ketika menjalankan operasi menangkap haiwan tersebut di Jalan Panglima Awang 35/124D, Alam Impian, Seksyen 35 di sini, lewat malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kehadiran anjing liar itu pada jam 10.44 malam sebelum tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Difahamkan, sebelum itu anjing terbabit sudah ‘menggila’ dan menggigit seorang wanita yang merupakan penduduk kawasan perumahan berhampiran.

Norazam berkata, bertindak atas aduan, lima anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam ke lokasi bagi memberi maklum balas kepada aduan diterima.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba cuba menangkap anjing tersebut namun seorang daripadanya digigit haiwan terbabit di bahagian tangan kanan.

“Meskipun digigit, anggota terbabit terus berusaha menangkap anjing itu untuk menghalang ia terlepas hingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain pula,” katanya.

Beliau berkata, anggota berusia lingkungan 20-an itu kemudian dihantar ke sebuah hospital swasta untuk mendapat rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!