Pas saran Haziq dikenakan hukuman

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang mengaku terlibat dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, perlu dikenakan hukuman.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut hukum syarak individu yang mengaku melakukan kemungkaran perlu dihukum.

"Pelaku sendiri mengaku, patut dia dihukum sebab melakukan dosa.

"Kalau yang mengaku tidak dihukum ia akan menjadi budaya politik," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru beliau menggesa seorang pendakwa segera dilantik untuk mengenakan hukuman terhadap Haziq.

"Kalau kita tidak cegah budaya ini akhirnya nanti muncul semula perkara yang sama," tegasnya.

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai kanan kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Haziq memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Artikel Berkaitan:

Haziq berkata, perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

Pada Jumaat lalu, Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk ke Manila, Filipina.

Haziq kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!