Polis masih siasat ketulenan video intim

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (tengah) pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (tengah) pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan bagi menentukan ketulenan video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

"Siasatan kita jalankan setiap hari (sejak kertas siasatan dibuka) namun kita tidak boleh dedahkan ia secara terperinci dan kami masih menunggu ia dilengkapkan, ini termasuklah siasatan bagi mengenal pasti ketulenan video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis rakam keterangan Azmin kes video intim

Jabatan Forensik PDRM siasat ketulenan video

"Dalam siasatan ini, sesiapa saja yang dirasakan perlu bagi membantu siasatan kes ini akan dipanggil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bukit Aman, hari ini.

Mazlan menambah, polis tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk siasatan dilengkapkan.

“Ketika siasatan berjalan, tiada ‘time bar’ atau ‘deadline’ ditetapkan, kita mahu lakukan siasatan yang sempurna dan menjadi iltizam kita untuk menyelesaikan setiap siasatan termasuk kes ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 15 Jun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan menyiasat secara menyeluruh termasuk ketulenan gambar dan video yang tersebar itu.

Katanya, polis juga akan melakukan siasatan sama ada Haziq bercakap benar atau tidak ketika membuat rakaman video pengakuan berkenaan.

Pada 12 Jun, Haziq membuat pengakuan dia merupakan individu dalam sebuah klip video intim bersama seorang lelaki didakwa seorang menteri Kabinet.

Haziq kemudiannya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina pada 14 Jun lalu.

Bagaimanapun jam 5.48 petang Sabtu, Haziq dibebaskan dengan jaminan polis selepas melalui proses siasatan selama 24 jam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!