Bapa ADUN Tanjung Mas meninggal dunia
KOTA BHARU – Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim iaitu Ibrahim Mat Nor meninggal dunia jam 3 petang semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Kota Bharu, akibat beberapa penyakit kronik.
Meninggal dunia pada usia 82 tahun, arwah yang juga seorang pesara tentera meninggalkan seorang isteri tujuh anak.
Sementara itu, Rohani berkata, jenazah selamat disembahyangkan dan dikebumikan di Salor.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan bapa,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!