Peniaga patuh pelaksanaan skim harga barang

Salahuddin (kiri) dan Saifuddin Nasution (kanan) memberi kenyataan media berhubung statistik penguatkuasaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum musim perayaan di KPDNHEP Putrajaya.- FOTO ZAHID IZZANI
Salahuddin (kiri) dan Saifuddin Nasution (kanan) memberi kenyataan media berhubung statistik penguatkuasaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum musim perayaan di KPDNHEP Putrajaya.- FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Pematuhan terhadap pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) oleh peniaga untuk tahun ini amat cemerlang.

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, kadar kepatuhan yang tinggi terhadap harga maksimum yang ditetapkan di bawah skim itu memfokuskan tiga perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai 2019.

Menurutnya, banyak premis perniagaan menjual barangan keperluan pada harga lebih murah daripada harga maksimum yang ditetapkan.

"Berdasarkan data yang dikutip oleh pegawai-pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis perniagaan seluruh negara, harga purata kebanyakan barangan keperluan menurun berbanding tahun lalu.

"Kejayaan mengawal harga barangan keperluan pada musim perayaan tahun ini adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah memainkan peranan cukup penting dalam memastikan bekalan barangan mencukupi bagi musim perayaan tahun ini," katanya pada sidang media Menteri KPDNHEP berhubung statistik penguatkuasaan sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Keamatan dan Hari Gawai 2019 di Putrajaya hari ini.

Saifuddin berkata, bekalan mencukupi serta pemantauan berterusan oleh Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP telah memastikan harga kekal berpatutan serta tiada berlakunya kekurangan bekalan di pasaran. Jelasnya, pengguna disarankan memuat turun aplikasi perbandingan harga dibangunkan oleh KPDNHEP iaitu “Price Catcher” bagi membuat perbandingan harga dan mendapatkan nilaian terbaik untuk setiap pembelian mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!