SCAC cadang penggunaan lampu isyarat pintar

Poay Tiong (duduk,tengah) bersama sebahagian wakil agensi kerajaan yang terlibat ketika sidang media itu.
Poay Tiong (duduk,tengah) bersama sebahagian wakil agensi kerajaan yang terlibat ketika sidang media itu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Penasihat Melaka Pintar (SCAC) mencadangkan untuk mewujudkan pelan tindakan yang akan memberikan tumpuan utama kepada penguraian trafik yang lebih efisien di negeri ini.

Pengerusinya, Khoo Poay Tiong berkata, cadangan penambahbaikan sistem pengurusan trafik dan pengangkutan awam sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri memberikan perhatian kepada keselamatan serta kemudahan rakyat melalui Melaka Smart Public Saftey.

Menurutnya, teknologi yang akan dibangunkan dalam tempoh enam bulan bermula sekarang itu akan melibatkan integrasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi AI selain penyediaan 'Smart Street Lamp Post' yang akan menggabungkan dan memberikan kemudahan Lampu LED Pintar, CCTV dan kemudahan jalur lebar (Wifi).

Katanya, teknologi berkenaan akan dibangunkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan mahupun pemain industri yang akan melakukan ujikaji di dua buah lokasi persimpangan lampu isyarat berbeza seperti di Jalan Merdeka berdekatan Menara Taming Sari.

"Kita sekarang dalam peringkat memilih lokasi bersesuaian untuk cadangan tempat di mana akan memasang lampu LED yang akan dilengkapi CCTV dan teknologi Wifi yang akan mengawal pencahayaan lampu terutama pada awal pagi.

"Saya jangkakan selewat-lewatnya hujung Ogos depan kita perlu selesaikan perancangan dan pemasangan teknologi itu yang dijangka mengambil masa dua bulan manakala kita akan kumpulkan data bagi tempoh tiga bulan," katanya.

Poay Tiong berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media pengenalan SCAC di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, usaha itu antara perancangan dalam masa terdekat yang akan dilaksanakan sebelum mendapatkan persetujuan kerajaan negeri sejak penubuhan majlis penasihat itu pada November tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Yang penting pemasangan itu mesti memberi manfaat kepada rakyat dan negeri," katanya.

Jelas Poay Tiong, dengan meletakkan sasaran tahun 2030 sebagai Melaka Bandar Pintar bukanlah bermakna ia direalisasikan dengan melibatkan kos mahupun peruntukan yang tinggi namun berusaha meminamakan kos termasuk menggunakan elemen ataupun infrastruktur yang sedia ada.

"Contohnya seperti usaha kita ke arah mengurangkan masalah banjir kilat, kita akan mencadangkan menggunakan kolam Indah Water Konsortium (IWK) yang tidak digunakan lagi seperti di Tengkera Pantai bagi menyalurkan lebihan air ke kolam itu sekali gus melambatkan proses air mengalir ke sungai berdekatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!