Biro Politik PKR mesyuarat petang ini
PETALING JAYA - Mesyuarat Biro Politik PKR kini sedang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di sini petang ini.
Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan keputusan mengenai kontroversi video seks melibatkan Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang individu mirip menteri yang tular baru-baru ini.
Antara pemimpin tertinggi PKR yang kelihatan hadir ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul.
Mesyuarat tersebut dijangka dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 5.30 petang.
ARTIKEL BERKAITAN: Zuraida hairan kenapa PKR tak pecat Haziq
Satu sidang akhbar akan diadakan selepas mesyuarat berkenaan tamat.
Teruskan bersama Sinar Harian untuk perkembangan semasa ke semasa dari Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!