Bahaya pakai braces gigi palsu

Fun teeth
Fun teeth
A
A
A
FAKE braces ialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik). Bagaimanapun ia tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik.

Apa itu aplian tetap ortodontik?

Aplian tetap ortodontik adalah alat-alat yang digunakan untuk rawatan ortodontik. Ia terdiri daripada ‘bracket’ (pendakap), wayar dan getah yang dilekatkan pada permukaan gigi.

Aplian tetap ortodontik digunakan oleh pakar ortodontik untuk menggerakkan gigi yang tidak teratur dengan pemeriksaan secara berkala sehingga menjadi susunan yang cantik. Pemeriksaan berkala ini mengambil tempoh biasanya dua setengah hingga ke tiga tahun.

Adakah fake braces ini berbahaya?

Sudah tentu ia bahaya. Ini kerana isi kandungan fake braces ini tidak diketahui sama ada selamat untuk kesihatan atau tidak. Terdapat laporan mengatakan salah satu bahan yang terkandung di dalam fake braces ini adalah plumbum yang berbahaya pada kesihatan.

Selain daripada itu alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dinyahkuman sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian ortodontik.

Banyak saranan yang telah diberikan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menghalang orang ramai memakai fake braces atas sebab keburukan dan kemudaratannya pada kesihatan.

Terdapat dua kematian yang dilaporkan di Thailand yang dipercayai berpunca akibat tertelan fake braces.
Artikel Berkaitan:


Sumber Artikel: Portal MyHealth

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!