Radhi OAG ada lafaz cerai
BELUM reda dengan dua kisah perceraian artis tempatan, A. Aida dan Sam Bunkface, ada pula timbul dakwaan isteri kepada vokalis terkenal, Radhi OAG sudah melafazkan talak satu terhadap isterinya, Ayu Zahiri pada Mac lalu.
Menurut laporan Media Hiburan, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri dijatuhkan talak satu pada 25 Mac, namun tidak lama kemudian Radhi ada memohon maaf.
"Kata Radhi dia tidak sengaja. Pada waktu itu dia tengah marah semasa melafazkan talak.
"Lepas sahaja dia ceraikan, saya terus keluar dari rumah kami.
"Berhubung lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat ini," akuinya.
Tidak mahu terbawa dengan kesedihan itu, Ayu, 25, mahu meneruskan hidup seperti biasa dan fokus dalam membesarkan dua orang anaknya, iaitu Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.
Untuk rekod, pasangan Ayu dan Radhi berkahwin pada 14 April 2014.
Sebelum perkahwinan bersama Ayu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga bersama Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!