Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan
Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Panama itu ditahan kapal peronda APMM pada kedudukan 4 batu nautika Timur Tanjung Penyusop.
"Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.
"Kapal tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 50 hingga 54 tahun terdiri daripada warganegara Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.
Katanya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Tegasnya, APMM sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!