Daun sireh mampu naikkan seri wajah
MAHU wajah kelihatan berseri-seri bagaikan raja sehari? Rahsianya mudah sahaja, hanya gunakan daun sireh.
Seperti diketahui umum, daun sireh merupakan salah satu tumbuhan yang mempunyai banyak keistimewaan. Ia juga mudah ditanam dan hidup subur dengan menjalar pada tumbuhan lain.
Jadi, bagaimanakah cara menggunakan daun sireh ini?
Caranya mudah:
1) Ambil segenggam daun sireh dengan saiz yang berbeza-beza. Kemudian rebus bersama air putih sehingga warna ia berubah kehijauan.
2) Cuci wajah anda dengan rebusan air tadi. 3) Biarkan air rebusan pada wajah seketika bagi memudahkan ia menyerap. Selepas beberapa minit, cuci wajah anda tanpa menggunakan sebarang pencuci muka.
Banyak kelebihan air rebusan daun sireh ini sebenarnya. Salah satunya, ia mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil pada muka.
Oh ya, air rebusan sireh ini juga boleh digunakan sebagai 'Feminine Hygiene Cleanser' secara semula jadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!