Negeri lain disaran contohi Selangor hindari penyedut minuman

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CYBERJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) menyarankan negeri lain mencontohi langkah Selangor yang mensyaratkan penyedut minuman plastik, hanya diberikan atas permintaan mulai 1 Julai depan.

Ketua Setiausaha Mestecc Datuk Seri Mohd Azhar Yahaya berkata Selangor mengambil langkah yang proaktif dalam menghindari penggunaan plastik sekali guna, sekaligus menyumbang kepada kelestarian alam.

"Langkah ini boleh dicontohi kerajaan negeri yang lain," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Mestecc di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian mengumumkan mulai 1 Julai, semua premis makanan dan minuman termasuk restoran di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik di kaunter untuk diambil secara bebas oleh pelanggan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!