Netanyahu didesak letak jawatan
Desakan itu dibuat selepas Netanyahu bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata Gaza.
Netanyahu sebelum ini mempertahankan perjanjian gencatan senjata dimeterai Selasa lalu yang mengakhiri pertelingkahan terburuk antara Israel dan Palestin sejak 2014.
Selain melaungkan slogan anti Netanyahu, kira-kira 400 penunjuk perasaan Yahudi menghalang beberapa laluan utama di Tel Aviv.
Mereka menuduh Netanyahu memperjudikan keselamatan wilayah Israel apabila berlembut dengan Hamas.
Perjanjian gencatan senjata itu juga menjadi punca Avigdor Lieberman meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan Israel. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!