Jambatan Sungai Kerling masih ditutup

No Image Caption
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Penutupan sementara Jambatan Sungai Kerling di Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim yang dijadualkan pada 22 dan 23 Disember ini ditangguhkan.

Pemberitahuan penangguhan itu disiarkan laman Twitter Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor dan trafik dibuka seperti biasa sempena cuti perayaan Krismas.

Terdahulu dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Laluan FT001 Seksyen 454.5 itu ditutup untuk tujuan pemasangan rasuk jambatan.

Penutupan bagi menjamin keselamatan pengguna ketika kerja pemasangan rasuk jambatan di sungai berkenaan dijalankan dalam tempoh tersebut.

Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak pembinaan untuk panduan pengguna jalan raya dan pengawal bendera sentiasa berada di lokasi bagi mengawal trafik.

Pengguna diminta menggunakan dua laluan alternatif bagi perjalanan Tanjung Malim ke Kuala Lumpur atau sebaliknya membabitkan Lebuh Raya Utara Selatan (Plus).

Sebarang maklumat boleh menghubungi Pejabat JKR Hulu Selangor di talian 03-60641040 atau 03-60641058.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!