Makan ikan bakar otak lebih cemerlang
MENU ikan bakar bukan sahaja sedap dimakan turut menyihatkan badan. Pun begitu, ia turut dikatakan mampu meningkatkan kesihatan otak untuk bekerja lebih cemerlang.
Satu kajian telah dibuat oleh Penyelidik Kanan James T. Becker, Prof Psikiatri, Fakulti Perubatan University Pittsburgh berkenaan khasiat ikan bakar atau panggang.
Becker menjelaskan mereka yang makan ikan bakar akan memiliki isipadu otak lebih besar pada bahagian memori dan kognisi.
Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh beliau mereka yang makan ikan bakar sekurang-kurangnya sekali seminggu, memiliki isipadu korteks otak (grey matter) kira-kira 4.3 peratus lebih besar berbanding mereka yang tidak memakannya.
Bukan itu sahaja, tahap kognisi mereka lebih ke depan dan mempunyai tahap pendidikan tinggi.
Umum mengetahui, ikan turut mempunyai khasiat omega-3, vitamin B2, kalsium, mineral, zat besi, magnesium, kalium dan sebagainya lagi.
Selain itu, mereka yang memakan ikan bakar dapat mencegah terjadinya sakit jantung, penyakit kolesterol dan menyihatkan sistem kardiovaskular.
Sumber: Kesihatan.biz
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!