TPM, Azmin sertai PM di rumah terbuka Aidilfitri JPM
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama beberapa Menteri Kabinet menyertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Dewan D'Seri Endon di sini hari ini.
Antara Menteri Kabinet yang hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
Selain itu majlis turut dihadiri oleh ribuan penjawat awam yang mula memenuhi dewan seawal jam 11 pagi tadi.
Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan para hadirin disajikan dengan pelbagai juadah raya.
Pada 5 Jun lalu, ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dihoskan Dr Mahathir dan Menteri Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri.
Majlis itu merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri kedua Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir setelah memenangi PRU14.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!