Hyatt, WCT jalin kerjasama bina hotel di Johor

Datuk Willi Martin (Kanan) bersama Tuck Fook (dua dari anan) dan Patrick Finn (dua kiri) melihat replika pembangunan bersepadu membabitkan Paradigm Mall Johor Bahru, Hyatt Place Johor Bahru dan Paradigm Residence.
Datuk Willi Martin (Kanan) bersama Tuck Fook (dua dari anan) dan Patrick Finn (dua kiri) melihat replika pembangunan bersepadu membabitkan Paradigm Mall Johor Bahru, Hyatt Place Johor Bahru dan Paradigm Residence.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Syarikat hospitaliti terkemuka dunia, Hyatt menandatangani perjanjian pengurusan bersama dengan WCT Holdings Berhad bagi membangunkan hotel Hyatt Place di Paradigm Mall Johor Bahru, di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan, Hartanah dan Pembangunan Hyatt Hotels & Resort, Patrick Finn dan Pengarah Urusan Kumpulan, WCT Holdings Berhad, Datuk Lee Tuck Fook.

Naib Presiden Kawasan, Asia Tenggara, Hyatt Hotels & Resort, Datuk Willi Martin berkata, hotel Hyatt Place Johor Bahru yang akan dibangunkan itu bakal menyediakan 200 bilik.

"Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall akan menyumbang kepada perkembangan syarikat Hyatt, di mana Hyatt dijangka menggandakan portfolio hotel kepada lima buah menjelang tahun 2022.

"Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan WCT buat kali pertama, untuk mempersembahkan jenama Hyatt Place ke Johor Bahru," katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Hotel antara Hyatt dan WCT di sini hari ini.

Martin berkata, Paradigm Mall Johor Bahru merupakan lokasi unggul untuk Hyatt Place Johor Bahru menawarkan pengunjung pengalaman penginapan hotel mewah dan berkualiti tinggi.

Sementara itu, Tuck Fook berkata, Hyatt Place Johor Bahru di Paradigm Mall menawarkan hospitaliti dan perkhidmatan yang moden dan terkini seiring persekitaran kontemporari berteknologi tinggi.

"Kami yakin dengan prospek perniagaan di bandar raya Johor Bahru, dan hotel ini pasti diterima baik oleh rakyat Johor, ahli perniagaan dan pengunjung tempatan dan negara jiran, Singapura," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain 200 bilik, Hyatt Place Johor Bahru bakal menampilkan kafe, kolam renang, pusat kecergasan dan bilik mesyuarat.

Hotel tersebut termasuk dalam pembangunan bersepadu seluas 13 ekar terdiri daripada Paradigm Mall Johor Bahru dan Paradigm Residence yang akan dilancarkan.

Paradigm Mall Johor Bahru merupakan pusat beli belah yang dibuka pada hujung tahun 2017 dengan tapak perniagaan seluas 1.3 juta kaki persegi, dengan lebih 500 unit kedai serta 4,200 tempat letak kereta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!