Jenazah ibu Mawi selamat dikebumi

Mawi menyiram air mawar ke atas pusara ibunya.
Mawi menyiram air mawar ke atas pusara ibunya.
A
A
A

JENAZAH ibu kepada kepada juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Mawi, Ramlah Sarlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Taib Andak di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun akibat sakit tua malam tadi.

Allahyarham yang mengalami komplikasi beberapa penyakit termasuk jangkitan kuman pada paru-paru sebelum ini dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima lagi dan dibenarkan pulang tengah hari semalam atas permintaan sendiri.

Terdahulu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 38, mengimamkan solat jenazah pada jam 10 pagi selepas Allahyarham selesai dimandi dan disolatkan di rumahnya di Teratak Bonda di tanah rancangan berkenaan.

Ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan turut mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan termasuk isteri Mawi, Ekin atau Nora Asyikin Rahmat serta kembarnya.

Antara selebriti yang hadir dan turut memberi penghormatan terakhir adalah Along Charm.

Bacaan talkin disempurnakan Pengerusi Bumijaz Sdn Bhd, Ustaz Mohd Zainal Khamis yang menguruskan syarikat pengurusan jenazah.

Mawi yang menyiram air mawar di pusara ibunya kelihatan tenang dan reda dengan pemergian ibunya yang tercinta.

Artikel Berkaitan:

Mawi kehilangan bapanya, Ani Ahmad, 66, akibat penyakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), 13 tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!