Polis NS tumpas sidiket judi dalam talian

Peralatan komputer, komputer riba dan telefon pintar yang dirampas polis di dua unit pangsapuri di Seremban 2 semalam.
Peralatan komputer, komputer riba dan telefon pintar yang dirampas polis di dua unit pangsapuri di Seremban 2 semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket judi dalam talian didalangi warga asing selepas menggempur dua unit pangsapuri di yang dijadikan sebagai pusat panggilan di Seremban 2 di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menahan lima suspek dalam serbuan dilakukan kira-kira jam 8 malam.

“Hasil serbuan, dua lelaki dan empat wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 38 tahun ditahan. Antara permainan judi ditawarkan adalah 'Roullete', 'Baccarat' dan 'Slot Games.

“Kita merampas komputer, komputer riba, telefon pintar, penyata kira-kira dan senarai nombor akaun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

No Image Caption

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket perjudian itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan berperanan mempromosi aktiviti perjudian melalui penghantaran mesej menerusi SMS, aplikasi WhatsApp dan WeChat.

"Premis itu juga dijadikan tempat menguruskan transaksi wang oleh pemain judi dalam talian dan beroperasi 24 jam setiap hari.

“Semua suspek yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad berkata, polis merekodkan 383 kes judi ekor tanpa lesen dan 29 kes judi dalam talian bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!