India bakal jadi negara paling ramai penduduk di dunia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

INDIA bakal mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dalam tempoh kurang 10 tahun.

Menurut laporan Prospek Penduduk Dunia 2019 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China dan India kini menyumbang kira-kira 37 peratus daripada keseluruhan populasi global 7.7 bilion.

Buat masa ini, China dianggarkan memiliki 1.4 bilion orang dan India, 1.3 bilion.

Bagaimanapun, menjelang 2027 India bakal menjadi tuan rumah kepada lebih ramai penduduk berbanding China, dengan jurang perbezaan dijangka lebih besar menjelang tahun 2050.

“Antara 2019 dan 2050, populasi di 55 negara atau kawasan akan berkurang sekurang-kurangnya satu peratus. Kebanyakannya disebabkan tahap kesuburan rendah dan bilangan migrasi yang tinggi.

“China turut terkesan di mana populasinya akan menurun sebanyak 31.4 juta atau 2.2 peratus,” menurut laporan itu.

Hasilnya, populasi penduduk di China dianggarkan 1.1 bilion orang, lebih sedikit daripada jangkaan 1.5 juta penduduk India.

Jumlah keseluruhan penduduk dunia juga dijangka meningkat kepada 9.7 juta orang menjelang 2050.

Artikel Berkaitan:

Dalam laporan sama, Nigeria juga bakal menjadi negara ketiga paling ramai penduduk pada 2050 dengan anggaran 733 juta orang, mengatasi Amerika Syarikat (AS) yang jatuh di tempat keempat dengan 434 juta penduduk. - CNN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!