Jari budak tersepit di mesin pancing
RAUB - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan selepas jarinya tersepit pada sebuah mesin pancing, hari ini.
Ketua Zon 3 Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub ke lokasi selepas menerima maklumat dari Unit Kecemasan Hospital Raub kira-kira jam 6.30 petang.
Menurutnya, pasukan EMRS Bomba Raub menggunakan mesin pemotong (ring cutter) dan sepana untuk memotong mesin pancing tersebut.
"Operasi memotong mesin itu berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
"Setelah selesai mengeluarkan jari mangsa, kanak-kanak terbabit diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!