Malaysia manfaatkan peluang perang perdagangan AS-CHINA

Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perang perdagangan yang berlaku membuka peluang yang unik kepada negara-negara Asia Tenggara dan Malaysia bersedia untuk mengeksploitasi pelbagai peluang ekonomi yang mungkin wujud.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persaingan antarabangsa sentiasa tidak tetap, justeru, perniagaan secara lazimnya mencari destinasi pelaburan alternatif untuk menangani halangan perdagangan yang dikenakan.

“Kami bersedia untuk menerima pelaburan baharu yang ingin mengambil peluang daripada infrastruktur moden kami, hubungan ke rantau ini, kestabilan politik dan kumpulan tenaga kerja kami yang mahir dan berpengetahuan,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam dan Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Perniagaan dan Pencapaian Sepanjang Hayat Asia hari ini.

Acara itu diadakan sempena Sidang Kemuncak Ekonomi dan Keusahawanan Asia:“The Future Of Asia In A New Era Of Disruption And Trade Wars” di sini.

Azmin berkata ekonomi yang lebih kecil dijangka menanggung akibatnya apabila dua ekonomi terbesar dunia menghadapi konflik dan terlibat dalam perang perdagangan yang berlarutan.

Tindak balas sementara yang normal itu, katanya untuk menjangka aliran perdagangan yang negatif dan kesan ke atas pertumbuhan ekonomi, dengan pasaran kewangan biasanya memberi tindak balas dengan mengurangkan pendedahan mereka dalam ekonomi yang terjejas,” katanya.

Beliau mengulangi komitmen Malaysia untuk meneruskan dasar mesra perniagaannya walaupun kerajaan memperkenalkan perubahan dasar untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih baik.

Sementara itu, Azmin berkata imbangan perdagangan dalam kerjasama subserantau dalam ASEAN, dikenali sebagai BIMP-EAGA, naik 39.2 peratus dengan nilai sebanyak US$54.7 bilion dalam tempoh 2016 – 2017.

Artikel Berkaitan:

“Nilai eksport meningkat kepada US$79 bilion dalam tempoh sama. Kami yakin ini akan terus memacu pembangunan ekonomi untuk rantau ini,” katanya.

Oleh itu, Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang akan terus mengukuhkan kerjasama serantau untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan perniagaan untuk negara-negara anggota, katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!