Dron mampu jadi senjata pembunuh

A
A
A

SEBAGAI pengasas Institut Kejuruteraan Sukan (ISE) Universiti Selangor (Unisel), penulis banyak terlibat dalam penggunaan dan pemantauan dron. Dron ialah satu alat yang sangat penting dalam sukan khususnya yang berkelajuan tinggi seperti Formula Satu (F1) atau kejohanan berbasikal Tour de France.

Penulis pernah diminta mereka bentuk dan konsep pembinaan tapak Pusat Kecemerlangan BMX Asia oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Salah satu aspek yang penulis tampilkan ialah penggunaan dron ketika pelumba mahu berlepas dan di garisan penamat. Penulis juga pernah menguji dron di kawasan kampus Unisel Bestari Jaya yang begitu luas mata memandang.

Namun, penulis berasa gundah-gulana apabila membaca kenyataan Profesor John Jackson daripada Naval War College yang juga bekas kapten tentera laut bahawa teknologi dron akan dipertingkatkan kestabilan kawalannya dan berubah wajah keseluruhan berbanding dron sedia ada.

Dalam erti kata lain, dron kini menjadi peralatan pengangkutan perang autonomous sebagai unmanned yang mampu membunuh dari jarak dekat sebagaimana yang dilaporkan The Verge baru-baru ini. Dron sebagai Unmanned Combat Systems (UCS) ini akan merubah bentuk peperangan kelak.

Kenyataan inilah yang membuatkan penulis sangat terkejut. Dalam dunia kejuruteraan sukan, dron ialah salah satu teknologi canggih mirip pesawat terbang atau helikopter. Dron dapat mengambil gambar pada ketinggian dan sudut yang sukar sehingga menghasilkan mutu serta kualiti gambar yang sukar dilakukan sebelum ini.

Malang sekali, kini dron dibangunkan untuk menyerang musuh tanpa juruterbang atau krew. Ia berupaya menampung sasaran selama 24 jam atau lebih. Jackson membantah perkembangan dan menasihatkan pencipta teknologi dron supaya memberi perhatian kepada masa depan dengan sewajarnya. Jackson meminta teknologi dron tidak disalahgunakan demi kepentingan sahsiah dan moral masyarakat dunia.

Laporan tersebut menyatakan Unmanned Combat Aerial Vehicle atau kenderaan udara tempur tanpa pemandu (UCAV) juga dikenali sebagai pesawat tempur ini ialah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang biasanya membawa pesawat terbang seperti peluru berpandu dan digunakan untuk serangan secara dronning.

Dron biasanya berada dikendalikan secara life dengan pelbagai tahap autonomi.

Artikel Berkaitan:

Pengendali UCAV daripada terminal jauh mampu menghasilkan dron berat lebih ringan, rendah dan saiz lebih kecil daripada pesawat pejuang lain.

China, Israel dan Amerika Syarikat diiktiraf sebagai peneraju teknologi UCAV ini. Beberapa negara membangun lain juga mempunyai operasi UCAV secara domestik dan banyak lagi mengimport pesawat bersenjata ini dan sedang berlumba-lumba membangunkan kemahiran masing-masing.

ALLAH menyatakan dengan keras berkaitan isu ini menerusi Surah Al-Maaidah [5:64] yang maksudnya, “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan ALLAH terbelenggu (bakhil - kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka katakan itu, bahkan kedua tangan ALLAH sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, ALLAH memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.”

Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip pembangunan teknologi dan kejuruteraan untuk manfaat masyarakat, penulis menasihatkan kerajaan Malaysia supaya segera membangunkan teknologi membanteras atau mencantas teknologi intipan yang sedang dilaksanakan negara-negara luar terhadap Malaysia.

Perkara ini perlu diambil serius berdasarkan Surah Muhammad [47:36] yang maksudnya, “(Ingatlah) kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertakwa, ALLAH akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).”Dron kini menjadi peralatan pengangkutan perang autonomous sebagai unmanned yang mampu membunuh daripada jarak dekat."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!