Pas-UMNO yakin banyak persamaan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan (kanan)menyambut ketibaan pimpinan Umno di Muktamar Tahunan Pas kali ke 65 yang bermula hari ini. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan (kanan)menyambut ketibaan pimpinan Umno di Muktamar Tahunan Pas kali ke 65 yang bermula hari ini. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

KUANTAN - Pas yakin lebih banyak kesefahaman berbanding perbezaan yang dapat dicapai antara kerjasama Pas-UMNO.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, justeru kedua parti itu mampu bekerjasama dengan baik demi penyatuan ummah.

Menurutnya, gabungan kerjasama itu juga mampu menyediakan barisan pembangkang yang berkesan dan konstruktif demi kesejahteraan serta pembangunan negara.

“Kita yakin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku pada PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco kerajaan negeri serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, politik yang seimbang akan membantu kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara yang cemerlang.

Jelasnya, Pas dan UMNO juga serius menyediakan barisan kepimpinan baharu sebagai alternatif kerajaan huyung hayang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

"Malaysia baharu kini boleh dikatakan bertukar menjadi Malaysia haru biru dan kita khuatir apa yang dikejar tidak dapat, yang di kendung pula keciciran," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!