Farid Kamil anggap penjara sebagai rahmat

Farid Kamil ketika ditemui media pada prosiding kes hari ini.
Farid Kamil ketika ditemui media pada prosiding kes hari ini.
A
A
A

PELAKON Datuk Farid Kamil Zahari menganggap hukuman penjara yang dijalaninya selama 35 hari daripada sembilan bulan adalah satu rahmat buatnya.

Farid Kamil berkata, pengalaman dipenjara adalah sukar digambarkan.

"Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang ditentukan ALLAH pastinya akan berlangsung," katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada individu yang sentiasa menyokongnya.

"Syukur kepada ALLAH dan terima kasih dengan doa daripada orang ramai untuk diri saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampar polis: Farid Kamil diperintah bela diri

Ketika ditanya mengenai perancangan berhubung kariernya, Farid Kamil,38, berkata, beliau merancang akan memulakan penggambaran filem Rempit 2 tidak lama lagi.

Farid memakai baju kurta hitam kelihatan tersenyum dan melayan beberapa peminatnya di sekitar pekarangan mahkamah untuk bergambar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!