'Tolong saya, ada hantu dalam kereta!'

1) Video yang tular menunjukkan seorang penunggang motosikal (kiri) berhenti dan cuba untuk membantu pemandu kereta yang memekik meminta tolong.
2) Video yang tular menunjukkan lelaki terbabit meluru keluar dari kenderaan tanpa sempat menanggalkan tali pinggang keledarnya.
3) Lelaki yang mendakwa terdapat hantu dalam kereta dilihat mundar-mandir di kawasan tersebut dalam keadaan bingung sambil menjerit 'mati', 'ada hantu dalam kereta'.
1) Video yang tular menunjukkan seorang penunggang motosikal (kiri) berhenti dan cuba untuk membantu pemandu kereta yang memekik meminta tolong. 2) Video yang tular menunjukkan lelaki terbabit meluru keluar dari kenderaan tanpa sempat menanggalkan tali pinggang keledarnya. 3) Lelaki yang mendakwa terdapat hantu dalam kereta dilihat mundar-mandir di kawasan tersebut dalam keadaan bingung sambil menjerit 'mati', 'ada hantu dalam kereta'.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tindakan seorang lelaki memekik meminta pertolongan kerana mendakwa terdapat hantu dalam keretanya bukan sahaja tular di media sosial, malah ia turut menjadi bahan lawak jenaka di kalangan netizen.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, kejadian dirakamkan dipercayai berlaku di persimpangan Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, di sini, awal pagi kelmarin.

Video terbabit menunjukkan sebuah kereta diberhentikan di tepi jalan yang sibuk di situ, sebelum pemandunya dilihat memekik meminta pintu keretanya dibuka dan cuba untuk keluar dari tingkap kenderaannya.

Jeritannya menyebabkan seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan sama berhenti dan cuba untuk membantu.

Berdasarkan video itu lagi, pemandu yang memakai baju hitam serta berseluar panjang warna kelabu itu kelihatan sangat takut sambil membuka pintu keretanya dan meluru keluar tanpa sempat menanggalkan tali pinggang keledar dipakainya.

Pemandu itu menjerit terdapat hantu dalam keretanya dan berlari kira-kira 50 meter dari kenderaannya ke arah jalan yang sibuk dan menjerit mengatakan, 'tolong saya, ada hantu dalam kereta'.

Lelaki itu kemudiannya berpatah balik ke kenderaannya dan berlari ke arah lain dalam keadaan bingung tanpa menghiraukan kenderaan yang banyak serta jalan sesak di situ.

Menerusi video sama, kedengaran lelaki itu menjerit meminta tolong dalam bahasa ibundanya selain turut menyebut perkataan mati dan perkataan lain yang tidak jelas sebelum kembali semula ke keretanya.

Artikel Berkaitan:

Tindakan lelaki itu turut menimbulkan tanda tanya kepada ramai pengguna jalan raya lain yang melalui kawasan tersebut, yang mana sebahagiannya turut memberhentikan kereta untuk melihat apa yang berlaku.

Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati ramai netizen yang berpendapat lelaki tersebut bertindak demikian kerana dipengaruhi dadah serta mungkin mempunyai masalah mental atau berhalusinasi.

Pemilik akaun Facebook dengan nama Raymond Foo menulis,'high on drugs or have mental illness', sementara InaRis Senk turut memberi komen sama 'high on drugs perhaps or off medication?' dan Tom Yana, 'Xsihat kot'.

Terdapat juga netizen yang menyifatkan insiden tersebut sebagai bahan lawak jenaka, di mana, ada yang menulis, 'apa nombor plet kereta..confirm sabtu ni first price', 'hantu apa siang-siang..?? Hang tu yang hantu aku tengok' serta 'Don't watch scary movies at night'.

Selain itu, ada juga yang dilihat memuji tindakan penunggang motosikal yang berhenti serta cuba untuk membantu, selain bertanyakan keadaan terkini lelaki terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!