Bau busuk mungkin dari loji kumbahan

Muhd Asyraf (kiri) dan Khairul Jais.
Muhd Asyraf (kiri) dan Khairul Jais.
A
A
A

PASIR GUDANG - Bau busuk didakwa dihidu pelajar ketika kejadian pencemaran udara di Sekolah Agama Taman Mawar, di sini, disyaki berpunca dari loji kumbahan yang berada di lokasi berhampiran.

Menurut penduduk setempat, Muhd Asyraf Abdul Rahman, 22, berkata, kawasan berhampiran terdapat dua loji kumbahan yang mana kadang kala ia juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

"Dekat sini ada dua loji kumbahan dan mungkin bau semalam datangnya dari sana.

“Mungkin juga, sebab kadang kala memang ada bau yang dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Kebayan Taman Mawar, di sini hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan sekitar mendapati terdapat empat buah sekolah iaitu Sekolah Agama Taman Mawar, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 serta Sekolah Menengah dan Rendah Islam Tahfiz Pasir Gudang.

Penempatan sekolah itu berada hampir dengan dua loji kumbahan yang mana salah satunya hanya 200 meter dari Sekolah Agama Taman Mawar.

Sementara itu, seorang peniaga berhampiran sekolah berkenaan, Khairul Jais, 30, dirinya ada terhidu bau seperti gas pada tengah hari sebelum pelajar sekolah dikejutkan dengan insiden itu.

"Semalam ada bau macam bau gas pada waktu tengah hari tetapi baunya sekejap sahaja sekali dengan angin bertiup.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingatkan bau biasa-biasa sahaja tidak sangka pula budak-budak sekolah ramai yang sakit, saya juga risau takut kejadian macam Pencemaran Sungai Kim Kim terjadi lagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!