Diana Amir hampir bakar rumah sendiri

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Diana Amir, berkongsi kecuaiannya yang mengakibatkan hampir membakar seluruh rumahnya sendiri, baru-baru ini.

Diana, 32, berkata, kemalangan malang tidak berbau itu berlaku ketika dia sedang panaskan sup ayam.

"Sepatutnya kena padam api sebelum naik tidur. Tapi kesalahan besar apabila saya, “takpe biarkan sekejap panas”, tapi... keluar sahaja dari dapur saya terus lupa tengah panaskan lauk.

"Saya tutup semua lampu macam biasa, angkat Khadija yang dah tidur naik ke atas dan letakkan dia di katilnya. Kemudian, saya pun terus tidur juga.

"Saya terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. Selepas itu, saya ada terhidu bau, dalam keadaan masih mengantok terasa pelik siapa yang buat bbq? Kejutkan Habib (suami) tanya, “awak ada bau apa-apa tak?”, dia jawab tak.

No Image Caption

"Terus saya tiba-tiba teringat fasal sup ayam tu, terus lari turun ke bawah. Panggil Habib bagitahu dia, asap dah tebal sangat dekat bawah. Dapur memang dah tak nampak apa. Tapi saya memang tak nampak ada api, hanya asap," ujarnya Diana di Instagramnya.

Berasa lega sebaik mengetahui tiada api, namun kepulan asap tebal itu dilepaskan menerusi tingkap yang dibuka oleh suaminya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkongsian itu lagi, Diana berkata, dia terpaksa membuat pembersihan menyeluruh dengan membasuh kesemua benda seperti fabrik, pinggan dan mengelap lantai berulang kali untuk menghilangkan bauan.

"Begitupun, saya bersyukur, alhamdulillah diberi peluang kedua untuk kami. Banyak keberangkalian 'jika', namun ALLAH bagi warning. Lain kali, penat macam mana pun check semua benda sebelum tidur, pastikan semuanya selamat," jelasnya berjanji perkara itu tidak akan terjadi lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!