Tabung Amal MPSJ dilancar, bantu golongan B40

Noraini (kiri) bersama Timbalannya, Zulkurnain Che Ali (kanan) melancarkan Tabung Amal MPSJ yang diwujudkan bagi membantu golongan B40.
Noraini (kiri) bersama Timbalannya, Zulkurnain Che Ali (kanan) melancarkan Tabung Amal MPSJ yang diwujudkan bagi membantu golongan B40.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) buat julung kalinya mewujudkan Tabung Amal MPSJ sebagai inisiatif mengumpul dana bagi membantu komuniti B40 di daerah ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, menerusi dana yang dikumpulkan dari tabung tersebut, ia akan digunakan untuk membantu komuniti B40 dari segi pendidikan, infrastruktur dan juga pembangunan modal insan mereka.

Beliau berkata, pada hari pertama pelancaran tabung itu hari ini, pihaknya sudah menerima sumbangan hampir RM25,000 daripada individu dan syarikat.

Selain itu katanya, sebanyak empat buah komputer riba juga diterima hasil sumbangan antaranya dari Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Noraini (kiri) turut memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis hari ini.
Noraini (kiri) turut memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis hari ini.

"Kita harap pengumpulan sumbangan menerusi Tabung Amal MPSJ ini akan meningkat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mencapai beberapa matlamat dalam membantu komuniti B40 di daerah ini.

"Kita sasarkan untuk peroleh dana bagi membeli minima 10 unit komputer riba untuk diberikan kepada anak-anak B40 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan hari ini kita sudah terima empat.

"Memandangkan kita hanya ada baki enam bulan saja untuk tahun ini, saya harap jika dapat sumbangan lebih, kita boleh beli sekurang-kurangnya 20 unit komputer riba untuk mereka menjelang hujung tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Amal MPSJ di Laman Kenanga, MPSJ, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau turut mengalu-alukan sumbangan dari kakitangan MPSJ dalam menjayakan misi tabung tersebut.

Salah seorang penyumbang Tabung Amal MPSJ menunjukkan cara menderma dengan menggunakan kaedah QR pay-Maybank sambil diperhatikan Noraini (kiri).
Salah seorang penyumbang Tabung Amal MPSJ menunjukkan cara menderma dengan menggunakan kaedah QR pay-Maybank sambil diperhatikan Noraini (kiri).

"Kita ada 1,600 kakitangan dan kalau setiap orang dapat sumbangkan RM1 ia sudah dapat membantu untuk membeli satu unit komputer riba," katanya.

Beliau berkata, melalui sumbangan tabung itu juga, beliau berharap ia juga dapat dimanfaatkan untuk membantu dari segi pembaikan infrastruktur di rumah kos rendah di kawasan MPSJ seperti tangki air dan perkara-perkara lain yang tidak dapat dilaksanakan penduduk atau pengurusan kerana dana tidak mencukupi.

Selain itu, katanya, beliau melihat Tabung Amal MPSJ ini juga dapat menjadi saluran kepada mana-mana pihak sama ada swasta, kerajaan atau individu yang mahu menyumbang dari segi kewangan atau komitmen mereka untuk menjalankan program di kawasan MPSJ.

Noraini (tengah) bersama sebahagian penyumbang awal Tabung Amal MPSJ pada hari ini.
Noraini (tengah) bersama sebahagian penyumbang awal Tabung Amal MPSJ pada hari ini.

Noraini berkata, pihaknya menyediakan pelbagai saluran buat penderma yang ingin menyumbang ke Tabung Amal MPSJ iaitu menderma secara tunai di kaunter perkhidmatan MPSJ atau menggunakan aplikasi QR pay-Maybank dengan memuat turun aplikasi itu, imbas kod QR dan masukkan amaun yang ingin didermakan dan selesaikan pembayaran.

Beliau berkata, dua kaedah lagi adalah dengan membuat pindahan wang secara online atas nama Tabung Amal MPSJ di akaun Maybank, 562366652566 atau penyediaan cek atas nama Tabung Amal MPSJ.

Turut hadir pada majlis, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang juga bekas Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, Exco-Exco Selangor, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim termasuk tiga lagi bekas Yang Dipertua MPSJ.

Pada majlis sama, MPSJ turut mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya 2019 yang dihadiri 2,000 warga MPSJ, tetamu jemputan serta orang awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!