Tedung selar menyorok dalam kantin sekolah
RAUB - Seekor ular tedung selar berjaya ditangkap selepas ditemui di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam tadi, reptilia seberat 5kg dengan panjang kira-kira 2.5 meter berjaya ditangkap oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Anuar Hassan memberitahu enam anggota dari balai terbabit bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
Menurutnya, anggota terbabit mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang menyorok di simen bangunan kantin berkenaan dengan menggunakan penjerut ular.
"Ular tersebut kemudiannya dilepaskan di kawasan selamat dan jauh daripada orang ramai," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!